Home » » NASA Dedah Gambar Bongkah Ais Berwarna Hitam

NASA Dedah Gambar Bongkah Ais Berwarna Hitam

ANTARTIKA – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan rakaman beberapa keping gambar menakjubkan bongkah ais terbalik yang berwarna hitam di sini baru-baru ini.

Ais-Hitam

Gambar yang diperoleh daripada Program Antartika Amerika Syarikat itu menunjukkan bahagian permukaan bawah sebuah bongkah ais yang sangat mengagumkan dengan beberapa ekor penguin berada di atasnya.

Menurut para penyelidik, corak-corak menakjubkan yang terdapat pada bongkah ais itu sebenarnya adalah unsur-unsur yang terdapat dalam lautan sejak beratus-ratus tahun dahulu.

“Bongkah ais itu mengandungi mendapan dan mineral-mineral berusia ratusan tahun yang dibawa oleh tiupan angin dan ia bertindak sebagai lapisan ais tersebut apabila terbalik.

“Peluang menyaksikan pemandangan sebegini umpama berada di dalam mimpi,” kata Nasa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Pemandangan itu dirakamkan di Lembah Aisberg, satu kawasan di barat Laut Weddell di mana banyak bongkah ais bergerak ke arah timur laut di sekitar pusaran air laut tersebut.

“Kejadian bongkah ais terbalik amat jarang berlaku tetapi apabila berlaku, kesannya cukup dahsyat kerana boleh menghasilkan tsunami yang bakal mengancam kapal-kapal berdekatan,” katanya. –Agensi

1 comments: