Home » » Padah Mahu Cantik, Muka Lumpuh Selama Hampir Setahun

Padah Mahu Cantik, Muka Lumpuh Selama Hampir Setahun

Romania – Hasrat seorang peguam wanita untuk kelihatan awet muda dengan suntikan botox tidak kesampaian apabila prosedur kecantikan berkenaan bertukar menjadi mimpi ngeri kepadanya.

Raluca Crisan

Ini kerana muka Raluca Crisan, 38, menjadi lumpuh hanya beberapa saat selepas suntikan itu dijalankan.

Crisan percaya dia disuntik dengan bisa ular oleh doktor terbabit, Adrian Oancea, 47, meskipun dia meminta untuk rawatan botox.

Keadaan itu menyebabkan otot mukanya tidak dapat digerakkan selama lapan bulan hingga setahun.

Hanya selepas Crisan menjalani rawatan intensif selama dua tahun, barulah wajahnya sembuh, itupun tidak sepenuhnya dan hanya 70 peratus sahaja.

Raluca Crisan [2]

“Saya diberikan suntikan itu di bahagian bawah mata dan bibir. Namun dalam masa beberapa saat, wajah saya menjadi panas dan bengkak hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

“Kesannya amat panjang hinggakan saya tidak boleh ketawa dan menangis,’’ katanya.

Oancea kini digantung tugas dan polis juga sudah merampas dokumen serta bahan ujian di kliniknya.

Visa ular kini semakin beransur-ansur menggantikan botox sebagai kaedah popular untuk mengurangkan kedutan.

Namun ia hanya perlu digunakan dalam kuantiti kecil dengan dicampurkan di dalam krim dan tidak boleh disuntik secara terus ke dalam kulit.

0 comments:

Post a Comment