Home » » Gambar Wanita Beri Makan Kepada Anjing Dan Kucing Jadi Viral

Gambar Wanita Beri Makan Kepada Anjing Dan Kucing Jadi Viral

Gambar seorang wanita yang sedang memberi makan kepada beberapa anjing dan kucing menjadi viral di media sosial hari ini.

Viral

Rata-rata pengguna Facebook memuji tindakan wanita berkenaan yang disifatkan penyayang terhadap haiwan.

Dikatakan, wanita yang dikenali sebagai Naziah itu akan memasak sosej di pejabatnya sebelum memberi haiwan berkenaan makan.

“Tiap-tiap hari dalam jam 4 lebih dia akan memasak tiga pek sosej di pantri untuk diberi makan kepada haiwan berkenaan di tempat parkir pejabat.

“Bukan sahaja sosej malah roti, ikan dan pelbagai lagi,” kata seorang pengguna yang menyalurkan maklumat berkenaan wanita itu di Facebook.

Sikap keperihatinan wanita itu seharusnya dijadikan contoh kerana beliau dilihat tidak skeptikal dengan haiwan yang dikategorikan haram dalam Islam.

Kami salute akak!

0 comments:

Post a Comment