Home » » Ibu Bunuh Anak Malu Telinga Besar

Ibu Bunuh Anak Malu Telinga Besar

TURKI – Hanya kerana anak lelakinya mempunyai telinga yang besar, seorang wanita tergamak membunuh budak lelaki berkenaan dalam satu kejadian pembunuhan yang mengejutkan penduduk di Turki.

Nuray Sacan

Wanita itu, Nuray Sacan, 37, telah mencekik anaknya yang berusia 10 tahun dengan skaf di dalam bilik air wanita di Hospital Gazi, selepas budak itu menjalani pembedahan kosmetik.

Dia berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan pembedahan berkenaan yang menjadikan telinga anaknya lebih besar.

Wanita kejam ini ditangkap selepas kereta dipandunya merempuh kenderaan lain ketika cuba melarikan diri dari hospital.

“Kedua-dua telinganya menjadi lebih besar selepas pembedahan berkenaan.

“Dia menjadi sangat hodoh. Dia akan berasa malu di depan kawan-kawannya jadi apa yang saya lakukan ini dapat menyelamatkan anak saya daripada dimalukan seumur hidupnya,’’ katanya ketika mengaku melakukan perbuatan jenayah berkenaan.

Dalam pada itu doktor yang melakukan pembedahan tersebut, Dr Metin Yilmaz berkata, pembedahan itu sangat mudah dan ia berjaya dijalankan.

“Kami sendiri tak faham mengapa dia tergamak bunuh anaknya sedangkan dia tak kelihatan mempunyai masalah psikologi. Pembedahan juga berjaya sebelum budak itu dibenarkan pulang,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment