Home » » IS Dakwa Penggal Tawanan Jepun Kedua

IS Dakwa Penggal Tawanan Jepun Kedua

TOKYO – Kumpulan IS menyatakan ia sudah memenggal tawanan kedua warga Jepun, sekali gus mencetuskan kemarahan Tokyo dan Washington.

Kenji-Goto

Dakwaan itu dibuat dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke internet tetapi tidak menyentuh mengenai juruterbang Jordan yang turut ditahan IS dan diancam dibunuh.

Wartawan Kenji Goto dilihat melutut di sisi seorang lelaki bertopeng dengan loghat British yang menyalahkan kerajaan Jepun terhadap “penyembelihan” itu.

Lelaki berpakaian serba hitam itu kelihatan sama dengan militan IS yang terbabit dalam video serupa sebelum ini.

Goto pula berpakaian serba jingga serupa dengan apa yang dipakai tahanan di Guantanamo Bay dan rakaman video pelaksanaan hukuman sebelum ini.

Militan IS berkenaan menyatakan kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, bahawa pembunuhan Goto adalah permulaan kepada “mimpi ngeri Jepun”.

Pembunuhan Goto, katanya, adalah akibat keputusan “semberono” kerajaan Jepun.

Rakaman video itu berakhir dengan imej mayat berpakaian jingga dengan kepala yang dipenggal diletakkan di atasnya. –AFP

0 comments:

Post a Comment