Home » » Presiden Zimbabwe Terjatuh, 27 Pengawal Digantung Tugas!

Presiden Zimbabwe Terjatuh, 27 Pengawal Digantung Tugas!

Gagal menjaga keselamatan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe sehingga figura yang dikenali sebagai seorang diktator itu terjatuh, kira-kira 27 pengawal peribadinya digantung tugas.

Robert Mugabe

Menurut laman web antarabangsa, International Business Times, Mugabe, 90, tersungkur ketika turun dari podium selepas memberi ucapan kepada penyokongnya yang hadir menyambut ketibaan penerbangannya dari Ethiopia.

Selepas situasi tersebut berlaku, barulah staf-stafnya mengerumuni untuk membantu, namun semua itu sudah terlambat. Malah, ada individu yang memaksa jurugambar untuk memadamkan foto-foto yang telah diambil untuk tidak memalukan Mugabe.


Menurut sumber sahih lagi, akibat insiden tersebut, satu siasatan dijalankan yng membawa kepada keputusan untuk mengantung tugas 27 pengawal Mugabe yang dilihat gagal mengelakkan situasi itu dari berlaku.

“Situasinya mudah. Kumpulan sekuriti berkenaan dilihat ‘tidur’,” ujar sumber itu.


Tambahnya, “Banyak bahagian disiasat setelah kejadian tersebut berlaku, daripada Air Zimbabwe (syarikat penerbangan) sehinggalah ke sekuriti. Segelintirnya mungkin akan dipecat.”

Melalui beberapa foto yang sempat diambil oleh jurukamera, banyak individu ‘nakal’ kemudiannya menyunting imej-imej tersebut agar menjadi situasi kelakar.

Sementara itu, melalui satu portal, The Standard melaporkan, kejadian tersebut bukan sahaja membuktikan para pengawal tidak menjalankan tugas dengan baik, namun tidak memahami asas pengawalan dan tidak berada tiga kaki dari kedudukan presiden.

Video Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe Tersungkur



0 comments:

Post a Comment