Home » » Rakaman ‘Ikan Merokok’ Di Malaysia Viral Di Seluruh Dunia

Rakaman ‘Ikan Merokok’ Di Malaysia Viral Di Seluruh Dunia

Jika adegan ‘ikan merokok’ ditonton dalam siri kartun, mungkin kita akan tergelak lucu melihatnya.

Fish-smoking

Tetapi, jika ia berlaku dalam dunia nyata, hanya satu sahaja perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya iaitu KEJAM.

Menerusi saluran LiveLeak dan YouTube, satu video yang menunjukkan seekor ikan yang disumbat dengan sebatang rokok telah viral di seluruh dunia.

Berita mengenai juga turut disiarkan di beberapa portal luar negara termasuklah di Daily News dan Mirror, sekitar Ogos tahun lalu.

Menariknya, ia dipercayai dirakam oleh sekumpulan rakyat Malaysia berdasarkan percakapan mereka.

Rata-rata penonton khususnya aktivis haiwan melahirkan rasa kesal mereka apabila menonton perbuatan tersebut yang disifatkan sebagai mendera binatang.

“Ini sesuatu yang kejam. Ikan itu sepatutnya berada di dalam air, bukannya merokok.

“Teruknya. Apa kata kumpulan lelaki itu pula yang bernafas dalam air,” komen para penonton video menerusi laporan portal WWWN.

Haa…betul juga tu!

Kalau tak pun, sumbat kedua-dua lubang hidung dan mulut mereka dengan rokok, barulah adil kot..

Sumber: Mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment