Home » » Video Detik Cemas Tali Payung Terjun Dilanggar Sayap Pesawat

Video Detik Cemas Tali Payung Terjun Dilanggar Sayap Pesawat

Satu video rakaman detik cemas yang dilalui oleh dua penerjun udara mulai viral selepas ia dimuatnaik kira-kira tiga hari lalu di laman YouTube.

Payung-Terjun

Peristiwa yang berlaku pada 19 Oktober tahun lalu di Thailand itu menyaksikan kedua-duanya hampir maut apabila tali payung terjun mereka dilanggar sayap pesawat yang membawa mereka sebelum itu.

Kejadian itu hanya disedari oleh penerjun lelaki yang dikenali sebagai Forest Pullman yang bertanggungjawab mengendalikan penerjun wanita tersebut.

Menerusi video tersebut, Pullman menyatakan dia sendiri tidak tahu bagaimana mereka boleh terselamat dalam kejadian itu.

Apapun, mungkin itulah yang dikatakan ‘berpantang maut sebelum ajal’. Betul tak?

Video yang dimuatnaik oleh Pullman itu telah mencatat jumlah tontonan sebanyak 1,730 126 kali setakat ini.


0 comments:

Post a Comment