Bangkai pesawat yang dilaporkan hilang dan terhempas di Andes 54 tahun yang lalu akhirnya berjaya ditemui oleh sekumpulan pendaki gunung di Chile, minggu ini.
Berita penemuan pesawat LAN Chile Douglas DC-3 yang dilaporkan terhempas pada 3 April 1961 ini sekaligus menggemparkan dunia.
Bagaimanapun, 34 orang penumpang dan anak kapal pesawat ini dipercayai telah meninggal dunia.
Kumpulan Green Cross.
Kehilangan pesawat ini pernah mendapat perhatian ekoran lapan daripada mangsa adalah pemain bola sepak profesional, Green Cross.
Sementara itu, kumpulan pendaki itu memberitahu pesawat itu ditemui pada ketinggian 3,200 meter kira-kira 360 kilometer dari selatan Santiago.
Menerusi Channel Chile 7, kumpulan tersebut enggan mendedahkan lokasi kejadian sebenar kepada media Chile ekoran takut lokasi kemalangan diganggu.
Salah seorang ahli ekspedisi, Leornardo Albornoz berkata mereka mahu menjaga kerahsian tapak penemuan tersebut untuk mencegah kecurian.
Pada masa yang sama, terdapat khabar angin mengenai kehilangan pesawat itu yang menyatakan juruterbang syarikat itu ternampak pesawat tersebut berhampiran bandar Linares.

0 comments:
Post a Comment