Home » » Lelaki Islam Buktikan Islamphobia Terus Berlaku

Lelaki Islam Buktikan Islamphobia Terus Berlaku

MILAN – Seorang penuntut Muslim, Hamdy Mahisen menunjukkan bahawa Islamophobia terus wujud di Eropah. Hamdy membuktikannya menerusi satu rakaman video bagaimana beliau dipandang sinis dan dikeji ketika berjalan di bandar Milan.

Hamdy Mahisen

Dalam rakaman video itu, Hamdy memakai jubah, lebai sambil membawa al-Quran dan berjalan selama lima jam di bandar Milan.

Meskipun wajah Hamdy tidak menggambarkan beliau seorang yang ganas, sebaliknya berwajah lembut, namun orang ramai yang bertembung dengannya mempunyai pandangan berbeza.

“Kau lihat tak ISIS,” itu yang dikatakan oleh seorang pejalan kaki bersama rakannya saat mereka bertembung dengan Hamdy.

Selain itu ada yang menjerit Taliban sebaik berdepan dengan Hamdy.

Manakala individu lain pula kelihatan tidak selesa apabila Hamdy duduk berdekatan dengan mereka.

Tidak kurang pula yang membuat spekulasi beliau membawa senjata dan akan melakukan keganasan.

“Tengok, dia membawa Quran. Aku rasa dia membawa senjata di sebalik jubah itu,”. Itu antara prejudis yang dihadapi oleh Hamdy.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Islamphobia masih berlaku di dunia ini.



0 comments:

Post a Comment