Home » » Ramai Cedera Mainan Seks Fifty Shades Of Grey

Ramai Cedera Mainan Seks Fifty Shades Of Grey

WASHINGTON – Filem romantik erotik terkenal, Fifty Shades of Grey bukan sahaja menyebabkan ramai berfantasi mengenai seks ganas, malah menyebabkan peningkatan kes kecederaan akibat penggunaan alat bantuan permainan seks secara keterlaluan.

Fifty Shades Of Grey Toys

Harian Washington Post melaporkan, pembelian sex toy atau anak patung seks turut meningkat dua kali ganda sejak 2007 lalu di Amerika Syarikat (AS), bahkan lebih laris dari 2012 sehingga 2013 apabila novel Fifty Shades of Grey mula dijual di pasaran.

Angka tersebut diperoleh akhbar berpengaruh AS itu daripada National Electronic Injury Surveillance System, pangkalan data bersepadu yang menyelidik secara terperinci laporan analisis punca sebenar kematian dan kecederaan pesakit sejak 1991 lalu.

Dilaporkan ramai mangsa cedera kerana terlebih penggunaan vibrator atau gajet bergetar untuk merangsang nafsu dan trend itu mulai meningkat sejak 2005, apabila kira-kira 1.500 orang di seluruh AS terpaksa mendapat rawatan akibat kecederaan di kemaluan.

Kebanyakan pesakit adalah lelaki yang gagal mengawal getaran alat itu mungkin untuk melancap dengan 58 peratus berusia rata-rata dalam kelompok 44 tahun, manakala usia purata bagi perempuan pengguna gajet tersebut adalah lebih muda iaitu 30 tahun.

Lelaki tertua direkodkan cedera akibat permainan seks berusia 85 tahun dan akhbar itu malah melaporkan, ada peningkatan besar jumlah pesakit cedera seks pada 2012 iaitu 2,500 orang, atau setahun selepas novel Fifty Shades of Grey berada di pasaran.

Mungkin terlalu awal mengaitkan perkara itu tetapi ada bukti dua isu berkenaan nampak semacam saling berkait rapat kerana secara kebetulan novel tema erotik tersebut telah dibaca oleh lebih 100 juta orang dan dicetak dalam 52 bahasa utama di seluruh dunia.

Minggu lalu dilaporkan ramai peniaga kedai peralatan seks di AS, Kanada dan Eropah meningkatkan sehingga 40 peratus penjualan rotan, pleasure balls atau bola nafsu dan cemetik pemukul punggung ekoran promosi hebat filem Fifty Shades of Grey.

“Begitu juga penutup mata dan vibrator. Kami sudah siap sedia dengan 20 jenis produk yang ada disiarkan dalam filem itu sebelum tayangan bermula Jumaat sempena Hari Kekasih,” kata pengasas kedai barangan seks Babeland di AS, Claire Cavanah. –Agensi

0 comments:

Post a Comment