Home » » Kes Bunuh 3 Penuntut Islam AS, Mengapa Sepi Di Arus Media?

Kes Bunuh 3 Penuntut Islam AS, Mengapa Sepi Di Arus Media?

Kes pembunuhan menyayat hati tiga pelajar Muslim yang ditembak semalam telah memilukan hati seluruh masyarakat dunia.

Killed

Namun, rata-rata pengguna di laman sosial mempersoalkan mengapa kejadian ini tidak mendapat liputan luas media massa.

Tiga mangsa yang dikenali sebagai Deah Shaddy Barakat, 23, isterinya, Yusor Mohammad, 21, dan adik perempuannya, Razan Mohammad Abu-Salha, 19, ditembak mati di kediaman mereka di Summerwalk Circle, Chapel Hill, pada petang Selasa.

Suspek pembunuhan kejam tersebut, Craig Stephen Hicks, 46, dikatakan seorang athies telah ditahan pada petang semalam.

Menurut portal Latimes, terdapat pengguna yang membandingkan tragedi itu dengan insiden Charlie Hebdo di Paris di laman media sosial.

Hashtag #chapelhillshooting menjadi platform mengucapkan takziah selain menyuarakan pendapat berhubung kejadian ini dan antara yang hangat diperkatakan adalah ketiadaan liputan dari organisasi media besar.

Beberapa aktivis dan NGO Islam telah membuat desakan agar pihak berkuasa AS menyiasat kes ini yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan unsur rasis terhadap agama Islam.

Dilaporkan semasa hayat mereka, ketiga-tiga mangsa aktif dalam kerja-kerja amal seperti membantu gelandangan dan menyertai misi kemanusiaan Palestin.

0 comments:

Post a Comment