Buat para pembaca, agak-agak, apa sebenarnya warna baju ini? Boleh anda teka?
Siapa sangka hanya kerana gagal meneka warna sehelai baju, warga Internet bertingkah pendapat sehingga membentuk dua kumpulan yang berseteru.
Semenjak semalam, isu yang menjadi sensasi dan dikongsikan ribuan pengguna seluruh dunia ini berkaitan soalan sama, “Apa warna sebenar baju ini?”
Kecelaruan tersebut menjadi semakin menarik kerana kebanyakan netizen meneka dua jawapan sama iaitu antara ‘biru dan hitam’ ataupun ‘putih dan emas’.
Lagi mengujakan, sebahagian selebriti Hollywood turut berkongsi foto dress berkenaan di laman sosial masing-masing sambil menyogokkan soalan sama kepada peminat.
Setelah berlanjutan hampir 24 jam, akhirnya warna baju tersebut didedahkan oleh portal-portal berita antarabangsa. Nak tahu apa warna sebenar dress tersebut?
Buat yang meneka warna baju itu adalah gabungan ‘putih dilapisi lace emas’, anda ternyata salah.
Menurut orang pertama yang memuat naik foto tersebut, Caitlin McNeill, baju itu sebenarnya berwarna hitam dan biru!
Nak tahu kisah disebalik isu sensasi ini?
Menurut McNeill, 21, foto dress tersebut diambil oleh ibu kepada rakan baiknya disebabkan satu urusan perkahwinan.
Ceritanya lanjut kepada portal Business Insider, “Apa yang sebenarnya berlaku adalah dua kawan baik saya bakal berkahwin dan ibu pengantin perempuan menghantar gambar tersebut kepadanya.
“Apabila kawan saya menunjukkan foto tersebut kepada tunangnya, mereka tidak sependapat tentang warna dress tersebut. Semua rakan-rakan kami turut tidak sependapat.”
Oleh kerana itu, Neill memutuskan untuk memasukkan gambar tersebut ke ruangan maya bagi melihat sendiri reaksi pengguna di situ. Namun, dia kemudiannya terkejut dengan reaksi netizen seluruh dunia.
“Saya ingat hanya pengikut saya di Tumblr akan memberikan reaksi terhadap foto tersebut, tapi saya tak menjangkakan Taylor Swift dan Mindy Kaling turut sama memberikan pendapat.”
Sehingga kini, terdapat pelbagai teori yang mengaitkan kecelaruan warna tersebut.
Antaranya, ada yang mengandaikan ia berlaku kerana pencahayaan, kelemahan mata, malah ada juga mendakwa ia telah diedit.
Apa-apapun, hashtag #thedress masih lagi menjadi trending di ruangan Twitter sampai sekarang!
Dasyat kan penangan isu ini?

0 comments:
Post a Comment