Home » » Paket Tuala Logo MAS Ditemui Di Australia Milik MH370?

Paket Tuala Logo MAS Ditemui Di Australia Milik MH370?

Penemuan satu bungkusan tuala tertera logo MAS di pantai barat Australia sedang diuji untuk menentukan sama ada ia adalah dari pesawat MH370 atau pun tidak.

Debris-from-MH370

Menurut sumber news.com.au, bungkusan tuala telah dihantar ke Canberra untuk ujian lanjut selepas ditemui pada Julai lalu di pantai Cervantes oleh satu pasangan yang bersiar-siar di pantai itu.

Pasangan terbabit menyatakan ketika ia ditemui, paket tuala berkenaan masih lagi belum dibuka yang mana bagi mereka merupakan satu perkara yang agak luar biasa berlaku.

Menurut sumber berita itu lagi, logo MAS jelas kelihatan pada paket tuala terbabit.

Walau bagaimanapun, Pusat Penyelarasan Bersama Agensi Australia (JACC) enggan melepaskan gambar asal dan tidak mahu memberi komen mengenai penemuan itu.

8 Mac lalu genap setahun pesawat MH370 dilaporkan hilang yang mana membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Tragedi MH370 disifatkan kehilangan pesawat paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia apabila sehingga kini tidak ada sebarang bukti sahih yang dapat memberikan info terbaharu mengenai kehilangan tersebut.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment