Home » » Hamas Sambung Bina Roket

Hamas Sambung Bina Roket

Gaza: Seorang pegawai kanan Hamas semalam berkata, kumpulan yang menguasai Semenanjung Gaza itu kini mula membina semula roket sebagai menghadapi kemungkinan konflik baru dengan Israel.

Hamas-rocket
Gambar fail.

“Sebarang usaha serantau atau antarabangsa untuk mengepung Hamas atau sayap bersenjatanya akan gagal,” kata komander Briged Ezzedine al-Qassam, Marwan Eissa. ketika mengumumkan perkembangan berkenaan.

Menurutnya, Hamas tidak berhajat untuk mencetuskan konfrontasi baru dengan Israel.

“Bagaimanapun, kami ingin memastikan pasukan kami mempunyai senjata mencukupi sekiranya konfrontasi meletus. Kami sudah mula menyambung membina roket,” katanya, dipetik oleh agensi berita Hamas Al-Ray.

Hamas melepaskan ribuan roket ke arah wilayah Israel sepanjang konflik Julai-Ogos tahun lalu dari sekitar Gaza selepas Israel melancarkan kempen keganasan yang meragut 2,200 nyawa penduduk Palestin, sebahagian besarnya orang awam. -AFP

0 comments:

Post a Comment