Home » » Isteri Dicerai Kerana Minum Pepsi

Isteri Dicerai Kerana Minum Pepsi

Riyadh: Seorang wanita diceraikan kerana meminum air Pepsi.

Saudi-women

Pakar rumah tangga Arab Saudi, Dr Abdul Aziz Al-Zeer memberitahu perkara itu dalam satu program televisyen.

Menurutnya, kes itu antara perceraian paling pelik pernah ditemuinya.

Dalam kejadian berkenaan, kata Abdul Aziz, wanita itu, atas sebab tertentu, dinasihatkan suaminya supaya tidak mengambil minuman itu.

Mungkin kerana ketagih, dia mencuri minum ketika suaminya tiada di rumah.

Apabila si suami pulang, dia menemui botol minuman berkenaan.

Kerana berang, dia serta-merta menceraikan isterinya, walaupun sudah sekian lama berkahwin dan mempunyai empat anak.

Dalam kes lain, kata Abdul Aziz, seorang lelaki menceraikan isterinya selepas wanita itu mahu bermanja-manja dengan suaminya dengan memegang tangannya ketika berada di lapangan terbang. -Agensi

0 comments:

Post a Comment