Home » » Gambar Gantu Melutut Di Wad Gila Berjaya Dirakam!

Gambar Gantu Melutut Di Wad Gila Berjaya Dirakam!

VICTORIA, Australia – Seorang pemburu hantu, Allen Tiller menemui imej seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan melutut ketika melakukan penggambaran rancangan televisyen Haunting: Australia di sini baru-baru ini.

Hantu

Rakaman video tersebut diambil ketika Tiller bersama rakannya, Rayleen Kable berada di Rumah Sakit Jiwa Beechworth yang terkenal sebagai salah satu destinasi berhantu di negara tersebut.

"Kami juga sempat merakamkan hentakan pintu dan bunyi orang berjalan ketika berada di bahagian yang dikenali sebagai bull pen, ujar Tiller.

Tiller menambah, menerusi rakaman ‘Fenomena Suara Elektronik’, jelas kedengaran suara orang ramai menjerit meminta mereka untuk keluar.

Sejak Januari lepas, pasangan itu mengetuai kumpulan pemburu hantu untuk mengambil gambar, bacaan elektromagnet dan rakaman suara di tempat-tempat misteri di sekitar Austalia. - AGENSI

1 comments: