Home » » IS Dirakam Pancung Kepala Lelaki Homoseks

IS Dirakam Pancung Kepala Lelaki Homoseks

NINEVEH, Iraq - Tiga lelaki yang didakwa homoseksual menjadi sasaran terbaharu kekejaman kumpulan militan Islamic State (IS) apabila dipancung secara terbuka di hadapan orang ramai baru-baru ini.

Pancung

Melalui imej yang disebarkan militan berkenaan, lelaki tersebut kelihatan melutut sambil matanya ditutup dengan kain hitam, manakala seorang pemancung bersedia dengan sebilah pedang tajam.

Kejadian itu berlaku di sebatang jalan raya yang sibuk di wilayah ini.

Kejadian itu dipercayai dilakukan pada Jun tahun lalu, namun lokasi sebenar tidak diketahui.

Sebelum dipancung, seorang anggota IS menggunakan pembesar ­suara membaca satu kenyataan kepada orang ramai bahawa dua daripada lelaki berkenaan adalah pengamal homoseks dan seorang lagi berdosa besar kerana kufur.

Seorang lagi anggota IS turut mengambil video pembunuhan tersebut menggunakan telefon bimbit.

Kumpulan pelampau yang menguasai sebahagian besar kawasan di Iraq dan Syria itu telah melakukan ratusan hukuman tidak berperikemanusiaan yang dikaitkan dengan versi undang-undang Islam.

Sejak menguasai kawasan tersebut, ramai pemuda telah ditolak jatuh dari bumbung bangunan selepas mereka dituduh terlibat dalam kegiatan homoseksual. – Agensi

0 comments:

Post a Comment