Home » » Wanita Rela Putus Cinta Demi Hello Kitty

Wanita Rela Putus Cinta Demi Hello Kitty

Ternyata lelaki pun tidak mampu menandingi perasaan cinta Natasha Goldworth, 29, terhadap karakter kartun Hello Kitty.

Natasha Goldworth and Hello Kitty

Dek kerana obsesi melampau terhadap kartun itu, wanita yang tinggal di Devon, England ini telah mengumpul lebih 10,000 barangan Hello Kitty termasuklah barang kemas, perabot, baju, langsir dan patung yang berjumlah lebih RM217,633.

Koleksi tersebut mula dikumpul sejak 15 tahun lalu dan dimuatkan dalam unit pangsapuri yang didiaminya.

Natasha Goldworth and Hello Kitty [2]

Beberapa teman lelaki yang terdahulu pernah meminta saya menghentikan minat terhadap karakter ini, jadi saya putuskan hubungan dengan mereka.

Pernah ada teman lelaki yang memberitahu saya supaya tidak memakai pakaian Hello Kitty dan berkata saya patut memakai sesuatu yang tidak membuatkan saya kelihatan terlalu muda, katanya.

Goldworth bercadang untuk berpindah rumah suatu hari nanti kerana ruang yang ada semakin sempit untuk menempatkan patung-patungnya.

Natasha Goldworth and Hello Kitty [3]

Nampaknya lelaki yang mahu mendekati wanita ini perlu menerima hakikat bahawa dia perlu berkongsi kasih dengan Hello Kitty.

0 comments:

Post a Comment