Home » » Remaja Lakukan Seks Di Balkoni Maut Jatuh Bangunan

Remaja Lakukan Seks Di Balkoni Maut Jatuh Bangunan

LONDON – Dua remaja yang sedang asyik melakukan hubungan seks di balkoni di tingkat enam sebuah hotel mewah, meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan berkenaan.

Anastasia Tutik

Mangsa, Anastasia Tutik, 19, dari Rusia maut bersama pasangannya dari Mexico yang hanya dikenali sebagai Miguel, 18, menyewa bilik hotel mewah itu bagi meraikan tamatnya peperiksaan.

Kedua-duanya dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh dari ketinggian 60 kaki, menyebabkan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Tutik dan Miguel merupakan anak orang berada dan menuntut di sekolah antarabangsa, Kolej Bellerbys.

Dalam pada itu, seorang saksi, Samson Oguntayo, 32, yang menetap di bilik sebelah memberitahu apa yang dilakukan oleh remaja terbabit merupakan aksi yang merbahaya.

Remaja lelaki itu cuba mengangkat remaja perempuan tersebut beberapa kali ketika mereka melakukan seks di balkoni. Saya hanya mampu menjerit apabila melihat mereka jatuh,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment