LONDON – Hidupnya umpama Cinderella, daripada seorang pencuci bangunan kepada seorang model yang berpendapatan RM10,000 untuk setiap kali peragaan.
Tuah berkenaan datang menggolek kepada Aleksandra Naranowicz, 27, yang kini menjadi model antarabangsa.
Dia yang berpindah dari Poland ke Britain sebelum ini bergelut untuk mendapat kerja, hingga terpaksa bekerja sebagai pencuci di sebuah bangunan meskipun mempunyai kelulusan sarjana di sebuah universiti.
Nasibnya bagaimanapun berubah apabila salah seorang daripada pelanggannya menyedari akan keunikan yang dimiliki Naranowicz lalu membawanya ke sebuah agensi modeling.
“Mereka memberitahu saya bahawa saya mempunyai wajah seperti model dan cantik,’’ katanya yang mempunyai ketinggian enam kaki itu.
Dia menghabiskan masa selama beberapa bulan bekerja sebagai pencuci bangunan untuk membolehkannya menyimpan wang bagi menghadiri uji bakat di London.
Naranowicz kemudiannya menandatangani perjanjian dengan syarikat modeling PRM dan kini bekerja sepenuh masa sebagai model. -Mynewshub.my

0 comments:
Post a Comment