Home » » ‘Air Ada Perasaan Sendiri’

‘Air Ada Perasaan Sendiri’

New York: Pelakon Gwyneth Paltrow sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa dia percaya air memiliki perasaan tersendiri.

Gwyneth Paltrow

Aktres berusia 41 yang baru-baru ini berpisah dengan suaminya, Chris Martin, diketahui menyokong hasil kerja seorang doktor Jepun, Masuru Emoto yang pernah menerbitkan beberapa buku mengenai teori bahawa kesedaran manusia boleh mengubah struktur air.

Gwyneth menulis di dalam blognya, “Saya sudah lama menyimpan buku Dr Emoto yang menjelaskan mengenai perubahan struktur air, bagaimana molekul bertindak secara berbeza menurut perkataan atau muzik yang ada di sekelilingnya.”

Menurut Gwyneth, dia mengagumi perkembangan sains di sebalik perubahan tenaga serta molekul air yang dipengaruhi apa yang ada di persekitarannya.

Emoto - seorang ahli perniagaan - dikritik pelbagai pihak kerana memperkenalkan teori mengenai air yang bercanggah dengan asas fizik.

Minggu lalu Gwyneth dikecam kerana membuat kenyataan menyamakan amalan membuli di Internet dengan medan perang. -Agensi

0 comments:

Post a Comment