Home » » Suami Isteri Ditahan Anak Terlalu Gemuk!

Suami Isteri Ditahan Anak Terlalu Gemuk!

Norfolk: Sepasang suami isteri di sini ditahan selepas berat anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun meningkat sehingga 96 kilogram.

Arrested in Norfolk son too big

Keadaan si anak itu menyebabkan dia terpaksa dirawat dua kali sebulan oleh doktor.

Pihak berkuasa kesihatan yang memandang serius keadaan itu melaporkannya kepada polis.

Pasangan itu ditahan dan didakwa atas tuduhan mengabai anak mereka.

Menurut Daily Mail, suami isteri itu kini bebas atas ikat jamin.

Bagaimanapun, mereka membela diri dengan berkata, berat badan si anak disebabkan faktor genetik yang diwarisinya.

Pasangan itu mungkin hilang hak hak penjagaan ke atas anak mereka jika didapati bersalah mengabaikan kanak-kanak berkenaan.

Si ibu berkata, dia memang sentiasa montel dan keluarga suaminya juga bersaiz besar.

Menurutnya lagi, dia tidak bimbang dengan saiz anaknya kerana dia aktif bermain Nintendo dan menjalani diet yang ketat.

Doktor mendakwa berat kanak-kanak itu tiga kali ganda daripada sepatutnya.

Ramai kanak-kanak di United Kingdom diserahkan kepada jabatan kebajikan kerana terlalu gemuk.

Pegawai menyalahkan ibu bapa kerana cuai. -Agensi

0 comments:

Post a Comment