Home » » Remaja Seiras Elsa Dalam Frozen Kini Semakin Terkenal

Remaja Seiras Elsa Dalam Frozen Kini Semakin Terkenal

FLORIDA – Kehidupan seorang remaja Anna Faith Carlson, 18, kini berubah. Dia yang mempunyai wajah seiras dengan kartun watak Elsa dalam filem Frozen kini menjadi terkenal.

Anna Faith Carlson - Frozen

Carlson kini menggunakan tarikan yang ada untuk menghiburkan kanak-kanak dan pesakit kanser di hospital.

Selain itu, dia juga berharap untuk mendapat tempat dalam rancangan di ABC `’Once Upon A time’ yang akan menambah watak Elsa sebagai karakter untuk musim depan.

Menceritakan bagaimana dia menjadi sensasi internet, Carlson berkata, ibu dan rakan baiknya telah meminta dia bergambar berdekatan dengan poster Elsa di sebuah pusat beli belah.

“Pada mulanya saya enggan kerana saya kelihatan selekeh namun mereka memaksa saya bergambar dengan poster tersebut,’’ katanya.

Gambar tersebut kemudiannya dimuat naik dalam instagram dan ia kemudiannya tersebar, menjadikan Carlson terkenal sekelip mata.

Dia kini menerima emel daripada peminatnya dan kesempatan itu digunakan Carlson untuk memasarkan dirinya.

Setiap kali dia membuat persembahan, Carlson akan ditemani oleh adiknya Lexie yang memegang watak Princess Anna, dan jika Lexie sibuk maka kawan rapatnya akan mengambil alih. -Mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment