Home » » Pembunuh Bersiri Dihukum Mati Dua Kali

Pembunuh Bersiri Dihukum Mati Dua Kali

LOS ANGELES - Sebuah panel juri mencadangkan hukuman mati sekali lagi ke atas seorang lelaki yang telah dihukum mati kerana membunuh 10 wanita di kawasan bandar raya Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Chester D. Turne

Tertuduh, Chester D. Turner, 47, patut dihukum mati kerana membunuh empat wanita lain antara tahun 1987 hingga 1997, kata panel juri tersebut kelmarin.

Bekas penghantar piza itu didapati bersalah minggu lalu berhubung siri pembunuhan kedua di selatan Los Angeles.

"Bukti asid deoksiribonukleik (DNA) mengaitkan Turner dengan jenayah tersebut," kata pendakwa raya.

Menurut media AS, hukuman ke atas pembunuh bersiri itu akan diputuskan pada 1 Ogos depan.

Dia sebelum ini didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati pada 2007 kerana membunuh 10 wanita termasuk seorang ibu mengandung.

Turner turut dijatuhi hukuman penjara minimum 15 tahun sehingga penjara seumur hidup kerana membunuh bayi dalam kandungan mangsa.

Menurut pihak berkuasa AS, lelaki itu merupakan antara tiga pembunuh bersiri yang bermaharajalela di kawasan Los Angeles semasa era penagihan kokain pada tahun 1980-an hingga 1990-an.

Dua tahun lalu, seorang lelaki, Michael Hughes telah dihukum mati kerana menjerut seorang gadis berumur 15 tahun dan dua wanita lain. -AP

0 comments:

Post a Comment