Home » » Balotelli Lamar Teman Wanita

Balotelli Lamar Teman Wanita

MANGARATIBA, Brazil - Penyerang berbisa Itali, Mario Balotelli membuat kejutan apabila melamar teman wanitanya, Fanny Neguesha kelmarin.

Mario Balotelli and Fanny Neguesha

Balotelli berkata, dia mahu menyelesaikan segala masalah peribadi sebelum perlawanan Piala Dunia bermula.

"Bakal isteri saya bersetuju dengan lamaran itu dan perkara tersebut adalah penting dalam hidup saya.

"Soalan tersebut telah terjawab, saya sayang awak dan selamat hari lahir,"tegasnya dalam laman Instagram.

Balotelli juga berkongsi gambar cincin berlian di jari Neguesha.

Semasa latihan skuad Itali berlangsung, rakan sepasukan telah memberi tepukan gemuruh kepada Balotelli.

Skuad The Azzurri yang diletakkan dalam Kumpulan D akan bertembung dengan England 15 Jun ini dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia di Manaus. -Agensi

0 comments:

Post a Comment