Home » » Pengguna APPS LINE Diminta Tukar Password

Pengguna APPS LINE Diminta Tukar Password

TOKYO - Aplikasi mesej telefon pintar, Line menggesa orang ramai menukar kata laluan mereka semalam ketika polis Jepun menyiasat beratus-ratus akaun penggunanya yang digodam.

Line apps

Berjuta-juta orang menggunakan aplikasi Line di seluruh Asia.

Seorang jurucakap Line berkata, gesaan itu dibuat selepas sekurang-kurangnya 303 pencerobohan akses berlaku antara akhir Mei hingga 14 Jun lalu termasuk tiga kes melibatkan urus niaga tunai yang menyebabkan kerugian kewangan.

"Kami sedang bekerja sama dengan polis untuk menyiasat kes tersebut dan kami meminta agar pengguna Line menukar kata laluan mereka," kata jurucakap itu.

"Semua akaun itu digodam selepas kata laluan perkhidmatan dalam talian lain yang dikongsi dengan Line dibocorkan dalam beberapa kes berasingan," tambahnya.

Dalam pada itu, seorang jurucakap polis memberitahu, kes tersebut masih dalam siasatan.

Mula beroperasi pada 2011, Line kini mempunyai lebih 400 juta pengguna terutamanya di Jepun dan tanah besar Asia, manakala aplikasi itu kini berkembang pesat.

Line membolehkan pengguna membuat panggilan percuma, menghantar mesej segera dan memuat naik gambar serta klip video pendek. -AFP

0 comments:

Post a Comment