Home » » Lelaki Saman Hospital Kemaluan Pendek!

Lelaki Saman Hospital Kemaluan Pendek!

Seorang lelaki dari Kanada mendakwa sebuah hospital yang cuai ketika membedahnya sehingga menyebabkan kemaluannya menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter.

Kemaluan-Pendek

Ekoran kejadian itu, lelaki kini mempertimbangkan untuk menyaman Hospital Le Gardeur di Montreal ekoran kejadian itu, menurut laporan Toronto Sun.

Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital.

Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya.

Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang.

Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah rangsangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan seks.

Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bulan pihak hospital memaklumkan kemaluannya retak dan perlu dibedah.

Pembedahan itu menyebabkan beliau ‘kehilangan’ kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal.

Lelaki itu juga mendakwa pembedahan itu menjadi punca keruntuhan rumahtangganya kerana beliau tidak mampu mengadakan hubungan seks selama dua tahun. -Mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment