Home » » Pengganas Paling Dikehendaki AS Berjaya Di Tahan

Pengganas Paling Dikehendaki AS Berjaya Di Tahan

MANILA: Pengganas yang paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS), Khair Mundos ditahan di sini hari ini selepas diburu selama beberapa tahun.

Khair Mundos

Amerika Syarikat sebelum ini menawarkan hadiah setengah juta dolar bagi menangkap anggota militan berkenaan.

Pihak berkuasa AS menyifatkannya sebagai ‘pemimpin utama dan pembiaya’ kumpulan Abu Sayyaf, kumpulan ekstrem Islam Filipina.

Kumpulan itu dikatakan bertanggungjawab ke atas beberapa kejadian pengeboman dan penculikan beramai-ramai, yang menyasarkan orang asing sebagai tebusan.

Khair pernah ditahan di selatan Filipina pada 2004 tetapi berjaya melarikan diri pada 2007.

Sejak itu dia diburu oleh pasukan keselamatan di selatan, di mana terletaknya pangkalan Abu Sayyaf. -AFP

0 comments:

Post a Comment