Home » » Nicklas Pedersen, Lelaki Paling Kacak Tahun 2014

Nicklas Pedersen, Lelaki Paling Kacak Tahun 2014

Devon – Siapa sangka lelaki kacak ini, dulunya adalah seorang tukang kayu. Mungkin juga tiada siapa yang sangka bahawa Nicklas Pedersen, 23, kini menjadi lelaki yang paling didambakan selepas menang Mister World 2014.

Nicklas Pedersen

Pedersen, yang berasal dari Denmark ini berjaya menewaskan 45 peserta `hot’ yang lain termasuk Mr UK, Mr Wales dan Mr Northern Ireland.

Namun lelaki kacak ini sudah berpunya dan khabarnya dia sudah lama bercinta dengan kekasih hatinya itu.

Apapun kejayaan Pedersen ini membuka mata bahawa bukan model sahaja boleh menang pertandingan seumpama itu, malah tukang kayu yang tidak pernah dikenali sebelum ini, mempunyai kelebihan tersendiri dan bakat terpendam.

Menurut Pedersen, bukan sesuatu yang sukar baginya untuk mendapat bentuk badan yang berketul-ketul itu kerana pekerjaannya sebagai tukang kayu, menyebabkan dia menggunakan banyak tenaga.

Dia juga mengamalkan amalan pemakanan yang ketat dengan hanya makan protein dan sayur sahaja.

“Menolak ais krim, coklat dan makanan manis yang lain memang sesuatu yang sukar,’’ katanya.

Dia memasuki pertandingan itu secara rawak, iaitu selepas habis waktu bekerja.

Pedersen yang memenangi wang tunai sebanyak $50,000 dolar ini bercadang menggunakan wang itu untuk melancong.

“Ia bermakna saya tidak akan membeli barangan mewah dengan wang ini sebaliknya saya mahu ke Haiti kerana di situ saya dapat menggunakan kemahiran sebagai tukang kayu untuk membina rumah penduduk miskin di sana,’’ katanya. -Mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment