Home » » Jeritan Penyelamat Jadi Mangsa Rogol

Jeritan Penyelamat Jadi Mangsa Rogol

MIRI - Seorang guru wanita yang disamun di rumahnya, menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol penyamun itu, dengan menjerit meminta tolong jirannya.

Guru-mangsa-rogol
Gambar hiasan.

Guru berusia 23 tahun itu telah dipaksa lelaki berkenaan dengan menggunakanparang, tetapi wanita itu bertindak menjerit sekuat hati menyebabkan penyamun itu lari, tetapi sempat membawa bersama barang-barang yang disamunnya.

Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku pada jam 4 petang semalam, ketika guru itu berada di rumah bersama ibunya di Permyjaya, apabila seorang lelaki bersenjatakan parang menceroboh masuk.

Lelaki itu mengarahkan dua beranak itu menyerahkan wang, barang kemas dan telefon bimbit dalam anggaran RM5,500, katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Miri hari ini.

Gan berkata polis percaya lelaki yang sama sebelum itu cuba merogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua pada sebelah paginya, tetapi gagal.

Pelajar berkenaan juga tinggal di kawasan Permyjaya dan suspek menggunakan parang untuk mengancam mangsa, bertindak agresif dengan menumbuk, menampar dan mencederakan pelajar itu, kata Gan.

Pelajar itu kini menerima rawatan lanjut di hospital dan doktor mengesahkan dia tidak dirogol.

Berikutan dua kejadian itu, polis memburu seorang lelaki Iban berusia dalam lingkungan 20-an dan alamat terakhirnya juga di Permyajaya. -Bernama

0 comments:

Post a Comment