Baitulmaqdis: Ribuan lelaki Israel berparti di sepanjang jalan di Tel Aviv minggu lalu dalam acara perarakan tahunan golongan gay di bandar itu.
Ia dianggap sambutan terbesar seumpamanya di Timur Tengah.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata puluhan ribu lelaki yang mengamalkan hubungan sejenis mengambil bahagian dalam acara sambutan besar-besaran itu.
Acara itu diwarnai dentuman muzik yang kuat serta lelaki yang berpakaian wanita serta tanpa baju berarak sambil mengibarkan bendera berwarna-warni.
Tel Aviv menjadi bandar terbaru yang memberi kebebasan kepada lelaki gay untuk mengamalkan gaya hidup songsang itu.
Ia menjadi satu daripada destinasi pelancongan paling mesra gay beberapa tahun kebelakangan ini.
Ia jauh berbeza berbanding bandar di sekelilingnya.
Lelaki gay diterima secara terbuka dalam perkhidmatan ketenteraan, parlimen dan ramai dikalangan selebriti negara itu adalah gay.
Namun pemimpin komuniti berkenaan berkata Israel masih belum mampu memberikan hak sama rata kepada golongan gay.
Sehingga kini masih belum ada perkahwinan sejenis yang dilangsungkan di Israel kerana ia tidak termaktub dalam undang-undang.
Semua perkahwinan mesti melalui rabai Yahudi yang tegas menyatakan hubungan sejenis adalah dilarang dalam fahaman Yahudi.
Namun negara itu mengiktiraf pasangan sejenis yang berkahwin di luar negara. -AP
Ribuan lelaki gay turun berarak di sepanjang Tel Aviv.

0 comments:
Post a Comment