Home » » Trofi Oscar Dilelong RM490,000

Trofi Oscar Dilelong RM490,000

Los Angeles: Sebuah trofi Oscar dimenangi pada 1939 oleh sinematografer filem ‘Citizen Kane' dilelong $150,000 (RM 490,000).

Orson Welles in Citizen Kane

Gregg Toland memenangi anugerah akademi, satu-satunya anugerah Oscar yang diterima sepanjang hidupnya menerusi satu lagi filem “Wuthering Heights” yang diarah oleh William Wyler dan dibintangi oleh Sir Laurence Olivier.

Toland dianggap antara sinematografer terhebat.

Antara filem yang diusahakannya, “Citizen Kane” (1941) dan “The Best Years of Our Lives” (1946).

1939 Oscar trophy auctioned for $150,000 in LA

Pada lelongan dikendalikan oleh syarikat Nate D.

Sanders, kot biru gelap milik John Lennon juga dilelong pada harga AS$31,250 (RM102,095) sementara topi koboi yang dipakai John Wayne dalam enam filem dilelong pada harga AS$37,500 (RM123,000).

Pakaian Lady Gaga, gaun yang diperbuat daripada fabrik elemen metal dipakai ketika sesi fotografi dengan majalah Harper, Mac lalu, dilelong pada harga $15,625 (RM51,000). -AFP

0 comments:

Post a Comment