Home » » Balu Rakan Pelakon Fast & Furious Saman Porsche

Balu Rakan Pelakon Fast & Furious Saman Porsche

WASHINGTON - Syarikat pengeluar kereta Porsche disaman seorang balu kepada seorang lelaki yang terbunuh semasa memandu kereta itu yang turut dinaiki pelakon filem Fast & Furious, Paul Walker.

Paul Walker dead

Saman yang difailkan pada Isnin lalu itu mendakwa kereta Porsche Carrera GT buatan tahun 2005 tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan di bahagian tangki minyak.

Menurut saman itu, jika terdapat ciri-ciri keselamatan di tangki minyak tersebut, Walker dan suami balu itu, Roger Rodas tidak akan terbunuh dalam nahas yang berlaku pada November tahun lalu.

Saman itu difailkan oleh Kristine Rodas di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles.

Menurut saman itu, sistem suspensi kereta sport tersebut mengalami kegagalan menyebabkan Porsche itu hilang kawalan sebelum ia merempuh sebatang pokok dan terbakar di Santa Clarita, California.

Ketika kejadian, kereta itu dipandu Roger.

Kristine menuntut ganti rugi yang tidak diperincikannya dari syarikat Porsche Cars Amerika Utara.

Pada Januari lalu, pihak koroner memberitahu, kereta tersebut dipandu dengan kelajuan 160 kilometer sejam.

Selepas kematian Walker, syarikat perfileman Universal menangguhkan penerbitan filem itu.

Filem itu pertama kali ditayangkan di layar perak pada tahun 2001.

Namun, tayangan filem terbaharu itu yang sebelum ini ditangguhkan kerana kematian Walker akan ditayangkan pada 10 April 2015.

Filem itu mengisahkan tentang kereta-kereta yang mempunyai kelajuan tinggi. -Agensi

0 comments:

Post a Comment