Home » » Gadis Tidak Makan Sejak Lima Tahun Lalu!

Gadis Tidak Makan Sejak Lima Tahun Lalu!

Seorang gadis dari Cheltenham, England terpaksa melupakan nikmat makan sejak lima tahun lalu selepas disahkan menghidap penyakit ‘gastroparesis’ yang menyebabkan otot perutnya lumpuh.

Ayllah-Beau Foley, 19

Ayllah-Beau Foley, 19, kini hanya bergantung dengan tiub kecil yang membekalkan nutrien yang disambungkan terus ke jantungnya.

Penyakit pelik itu dikesan selepas Ayllah kembali dari projek sukarelawan di India.

Kesakitan pada bahagian perut itu pada mulanya disangkakan berpunca daripada keracunan makanan, namun ia bertambah teruk sehingga menyebabkan dia terpaksa dirawat di hospital.

Ayllah-Beau Foley, 19 [2]

Selepas beberapa ujian dijalankan, gadis itu disahkan menghidap penyakit tersebut yang sememangnya jarang berlaku.

“Keadaan ini mengubah hidup saya. Saya tidak dapat makan bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Ia sangat sukar, namun saya cuba untuk terus positif dan berharap untuk mengatasi penyakit ini suatu hari nanti,” ujarnya.

Nutrien akan disalurkan ke tubuh Ayllah melalui tiub selama 14 jam setiap malam bagi memastikan dia terus hidup.

Ayllah-Beau Foley, 19 [3]

Sehingga ke hari ini, gadis itu masih berharap agar suatu hari nanti dia akan dapat menikmati coklat, gula-gula dan burger yang menjadi kegemarannya sebelum ini.

Sumber: Mirror UK

0 comments:

Post a Comment