Home » » Lelaki Mendakwa 'Nabi' Rogol Pesakit

Lelaki Mendakwa 'Nabi' Rogol Pesakit

Bulawayo, Zimbabwe: Seorang lelaki mendakwa dirinya ‘nabi’ dihantar tuhan khas untuk menyembuhkan wanita menggunakan kemaluannya dipenjara 17 tahun selepas didapati bersalah merogol jiran.


Lungile Ncube, 32, dari Worringham didakwa mengumpan mangsa dengan memberitahu kemampuannya menyembuhkan sakit perut yang dialami wanita terbabit.

Bagaimanapun, Ncube meyakinkan mangsa bahawa proses rawatan mesti dilakukan melalui hubungan seks. Dalam perbicaraan, majistret Sikhumbuzo Nyathi berkata banyak kes sebegitu terjadi di negara berkenaan.

Kata Nyathi, perkembangan itu sangat membimbangkan dan penjenayah harus dikenakan dihukum keras.

“Ia sangat menjengkelkan apabila tertuduh menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan orang ke atasnya,” katanya.

Nyathi kemudian menetapkan Ncube dihukum penjara selama 17 tahun dan tiga tahun daripadanya akan dikenakan bergantung kepada kelakuannya selepas dibebaskan.

Menurut hakim itu, memang ramai wanita datang mendapatkan khidmat pawang atau bomoh bagi mengatasi masalah batin masing-masing.

Namun, katanya, apa yang berlaku sangat menyedihkan apabila mangsa ditipu dan diperlakukan begitu.

Pendakwa Masimba Saruwaka memberitahu mahkamah pada 28 Januari Ncube memanggil mangsa ke rumah dan mendakwa sebagai nabi yang menerima wahyu.

Ncube meminta wanita terbabit meminum air dicampur dengan garam sebelum mengarahkannya menanggalkan pakaian.

Beberapa minit kemudian Ncube kembali bersama baldi yang mengandungi campuran tanah dan air dan mengarahkan mangsa supaya berbaring.

Dia kemudian merogol mangsa.

Apabila wanita terbabit mempertikaikan perbuatan itu Ncube mendakwa ia adalah sebahagian daripada ritual yang perlu diikuti dalam proses penyembuhan. -Agensi

0 comments:

Post a Comment