Home » » Mayat Jururawat Dipos Dalam Kotak

Mayat Jururawat Dipos Dalam Kotak

Tokyo: Polis melancarkan siasatan kes mayat seorang jururawat yang dikirim melalui pos ke Jepun dalam bungkusan yang didakwa mengandungi ‘anak patung.’

Rika Okada
Rika.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Rika Okada ditemui di tempat simpanan barang di bandar raya ini.

Menurut laporan, penyiasat menjumpai kotak berukuran dua meter yang dikirim dari Osaka, bandar di selatan negara itu.

Perkhidmatan penghantaran yang membawa kotak yang ditanda dengan tulisan Jepun bermakna ‘anak patung” - 400 kilometer ke Tokyo telah dibayar atas nama mangsa.

Selain itu, sewa sementara bagi tempat simpanan turut dibayar menggunakan kad kredit Rika.

Mayat wanita berusia 29 tahun itu yang hilang sejak Mac lalu, mempunyai puluhan kesan tikaman, lapor media tempatan.

Ia bagaimanapun tidak mempunyai sebarang tanda mempertahankan diri pada lengan dan tangannya.

Polis di Osaka enggan mengesahkan maklumat itu, tetapi laporan mengatakan seorang wanita yang belajar bersama Rika di sekolah rendah keluar meninggalkan Tokyo awal bulan ini dengan menggunakan pasport si mati.

Rakan sekelasnya yang tidak diketahui identitinya dipercayai tinggal tidak jauh dari tempat penyimpanan barang berkenaan bersama dengan seorang lagi wanita warga China yang seusia dengannya.

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Haneda dengan pesawat yang sama menuju ke Shanghai.

Sejurus sebelum hilang, mangsa dikatakan menulis di dalam akaun Facebooknya mengatakan dia akan melawat seorang kawan lama yang sudah lama tidak ditemuinya. -AFP

0 comments:

Post a Comment