Home » » James Franco Nafi Pernah Tiduri Lindsay Lohan

James Franco Nafi Pernah Tiduri Lindsay Lohan

Sebelum ini, aktres kontroversi Lindsay Lohan pernah mendedahkan senarai lebih 30 lelaki yang pernah menidurinya.

James Franco Nafi Pernah Tiduri Lindsay Lohan

Ia termasuklah nama-nama besar dalam industri hiburan Hollywood iaitu Orlando Bloom, Heath Ledger, Adam Levine, Ashton Kutcher, Zac Efron dan James Franco.

Bagaimanapun, menerusi portal Toofab.com, Franco menafikan sekeras-kerasnya dia pernah meniduri Lohan, namun mengakui pernah mencium aktres itu.

“Saya bersumpah atas nama ibu saya yang saya tidak pernah menidurinya. Saya tak sangka dia meletakkan nama saya dalam senarai itu. Dia memang penipu!” katanya.

James Franco Nafi Pernah Tiduri Lindsay Lohan [2]

Aktor berusia 36 tahun itu menceritakan ciuman antara dia dan Lohan berlaku sewaktu dia sedang menjalani penggambaran filem ‘Spider-Man 2″.

Katanya, Lohan masuk ke dalam biliknya tanpa diundang sewaktu menginap di Chateau Marmont.

“Jelas sekali yang dia memang sukakan saya,” ujarnya.

Tidak mustahil apa yang dikatakan oleh Franco itu benar kerana Lohan sememangnya terkenal sebagai seorang aktres yang suka mencipta kontroversi demi menaikkan namanya yang semakin malap. -Mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment