Home » » Heroin Punca Kematian Peaches Geldof

Heroin Punca Kematian Peaches Geldof

Punca kematian Peaches Geldof yang merupakan anak kepada penyanyi dan komposer terkenal, Bob Geldof adalah kerana pengambilan dadah jenis heroin secara berlebihan.

Peaches Geldof

Sebelum ini, ibu Peaches, Paula Yates, turut meninggal dunia akibat punca yang sama pada tahun 2000.

Pendedahan itu dibuat oleh sebuah akhbar di London iaitu The Times.

Sewaktu mayat Peaches ditemui di kediamannya di Kent pada 7 April lalu, pihak berkuasa menyifatkan ia sebagai kematian yang ‘tidak mencurigakan’ dan ‘mati mengejut’.

Bagaimanapun, pendedahan itu menimbulkan kemarahan mereka kerana keputusan toksik sepatutnya tidak diberitahu kepada umum sehingga inkues pada hari ini.

Sumber: TMZ

0 comments:

Post a Comment