Home » » Misteri Pencuri Pakaian Sukan Perempuan!

Misteri Pencuri Pakaian Sukan Perempuan!

Gifu: Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 53 tahun selepas memecah masuk sebuah sekolah dan mencuri dua pasang pakaian sukan pelajar perempuan.

Japan schoolgirls' gym uniforms

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Koichi Hirose bekerja di sebuah kolej teknikal di daerah Wakayama.

Jurucakap polis berkata, Hirose memecah masuk ke sekolah berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi dan mencuri pakaian itu di bilik persalinan.

Seorang penduduk menghubungi polis selepas melihat ada kenderaan yang mencurigakan diletakkan dalam tempoh lama di luar kawasan sekolah.

“Hirose ditahan di dalam kawasan sekolah.

“Apabila disoal siasat, dia mendakwa mahu memakai pakaian berkenaan, tetapi kami masih belum memahami mengapa dia begitu,” katanya. -Agensi

0 comments:

Post a Comment