Home » » Pule, Keju Paling Mahal Di Dunia!

Pule, Keju Paling Mahal Di Dunia!

Keju dihasilkan daripada susu lembu tetapi di Serbia, keju dihasilkan daripada susu keldai yang dikenali sebagai pule.

Pule

Pule adalah keju putih yang rapuh dan dikatakan mempunyai rasa yang sama dengan keju manchego Sepanyol tetapi lebih kaya dan mengenyangkan.

Ia dihasilkan daripada susu keldai di sebuah ladang menternak keldai di Zasavica, Serbia.

Proses untuk menghasilkan pule agak rumit dan mengambil masa. Susu diperah menggunakan tangan kerana tiada mesin komersial untuk memerah susu keldai.

Untuk menghasilkan satu kilogram pule, sebanyak 25 liter susu keldai diperlukan.

Seekor keldai hanya boleh mengeluarkan 1.2 liter susu saja sehari.

Disebabkan kesukaran menghasilkan pule dan ia tidak dihasilkan secara komersial, keju itu dijual pada harga 1,000 Euro sekilogram atau RM4,000 menjadikannya keju paling mahal di dunia. -Hmetro

0 comments:

Post a Comment