Home » » Kelas Petang Untuk Pelajar Sukar Bangun Pagi

Kelas Petang Untuk Pelajar Sukar Bangun Pagi

London – Sebuah sekolah swasta bakal memulakan sesi pembelajaran hariannya pada jam 1.30 petang bagi mengatasi masalah pelajar yang sukar bangun pagi.

Kelas Petang Untuk Pelajar Sukar Bangun Pagi

Hampton Court House yang terletak di East Molesey, Surrey itu akan memperkenalkan jadual belajar dari 1.30 petang hingga 7 malam setiap hari bermula September ini bagi pelajar tingkatan enam.

Pengetua Guy Holloway berkata, perubahan jadual itu diperkenal bagi memastikan pelajar lebih produktif.

“Malah mereka juga dapat mengelak melalui jalan sesak untuk ke sekolah,” katanya.

Kata Holloway, keputusan itu dibuat berikutan kajian terbaru menunjukkan golongan remaja mempunyai keadaan biologi yang menyukarkan mereka tidur awal seterusnya sukar bangun pada waktu pagi.

“Perkara ini memang diketahui ibu bapa dan guru sejak bertahun lamanya, namun kini disokong bukti sains.

“Hakikatnya ramai remaja kurang tidur dan secara tidak langsung ini memberi kesan terhadap kesihatan mental serta fizikal mereka, selain perkembangan kognisi golongan itu,” katanya.

Keputusan itu nyata disambut baik pelajar.

Gabriel Purcell-Davis, 15, yang akan menjadi antara pelajar perintis bagi jadual baru itu berkata, dia mahu lebih cergas ketika belajar, bukannya belajar dalam keadaan mamai.

Jadual baru itu sejajar dengan pengenalan sesi tingkatan enam baru di sekolah berkenaan.

0 comments:

Post a Comment