Home » » Pelakon HK Ditawar Wang 7 Angka Untuk Makan Malam

Pelakon HK Ditawar Wang 7 Angka Untuk Makan Malam

Pelakon yang juga bekas ratu cantik Hong Kong, Samantha Ko dilaporkan dipelawa untuk makan malam bersama seorang lelaki kaya yang menawarkan wang tujuh angka padanya jika dia setuju.

Samantha Ko

Samantha bagaimanapun memberitahu seorang wartawan yang menghubunginya menerusi telefon, dia menolak tawaran tersebut kerana melanggar prinsip diri.

Tawaran untuk makan malam dengan bayaran lumayan itu diterima Samantha menerusi satu panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali.

Individu berkenaan dikatakan meminta Samantha memberikan jumlah wang yang diingini bersama nombor akaun banknya jika setuju dengan tawaran ‘makan malam’ tersebut.

Namun Samantha berkata, dia menolak mentah-mentah tawaran tersebut dan meminta agar dia tidak dihubungi lagi untuk tujuan sedemikian.

Sumber: Asiaone.com

0 comments:

Post a Comment