Teheran: Enam orang ditahan kerana disyaki memuat naik versi tersendiri lagu popular ‘Happy’ dendangan Pharrell Williams ke Internet.
Klip video berkenaan menunjukkan tiga lelaki dan tiga wanita tidak bertudung menyanyi serta menari diiringi lagu berkenaan di jalanan dan bumbung bangunan di Teheran.
Ketua Polis Teheran Hossein Sajedinia berkata, mereka ditahan kerana menyiarkan klip video yang menjolok mata dan mampu mengganggu ketenteraman awam.
“Polis berjaya mengenal pasti mereka yang terbabit dalam klip video itu dan segera membuat tangkapan,” katanya.
Menurut Hossein, semua suspek mengaku salah.
Pihak konservatif di Iran sering menuduh golongan muda mengabaikan nilai-nilai Islam dan memilih gaya hidup ala Barat.
Unit polis agama diwujudkan lebih sedekad lalu untuk memastikan kaum wanita mematuhi peraturan pakaian, malah Internet turut ditapis dengan sekatan terhadap laman sosial popular dunia.
Keadaan kini lebih sederhana sejak Presiden Hassan Rohani dipilih Jun tahun lalu, malah dia sendiri berusaha menggalakkan pendekatan sosial dan kebudayaan yang lebih terbuka terutama berhubung isu aurat wanita. -AFP

0 comments:
Post a Comment