Home » » Rahsia Pembinaan Piramid Berjaya Dibongkar?

Rahsia Pembinaan Piramid Berjaya Dibongkar?

AMSTERDAM - Sepasukan penyelidik di Belanda mendakwa mereka berjaya menemui kaedah yang digunakan oleh masyarakat Mesir purba untuk membina piramid pada era pemerintahan firaun, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Pembinaan Piramid

Sebelum ini, pakar-pakar dan saintis keliru tentang bagaimana pekerja pada era tersebut boleh memindahkan bongkah-bongkah batu gergasi yang digunakan untuk membina piramid dari tebing sungai tempat ia diambil menuju ke lokasi pembinaan.

Kini, pasukan penyelidik berkenaan memberitahu bahawa pekerja-pekerja itu menggunakan pasir basah.

"Buruh-buruh Mesir purba meletakkan objek berat (bongkah batu) pada papan pelantar yang ditolak di sepanjang laluan pasir basah untuk membina piramid," kata penyelidik-penyelidik Universiti Amsterdam di ibu kota Belanda di sini.

"Campuran air yang betul menjadikan pasir basah itu dua kali ganda lebih tegar berbanding pasir kering," tambah mereka.

Menurut pasukan penyelidik berkenaan, pelantar papan itu meluncur jauh lebih pantas dan mudah melalui laluan pasir basah kerana tiada lebihan pasir akan menimbun di hadapan papan tersebut seperti yang berlaku jika pasir kering digunakan.

Mereka membuat rumusan tersebut selepas melakukan beberapa eksperimen.

Siri eksperimen itu menunjukkan pengunaan pasir basah dapat menjimatkan separuh daripada tenaga yang diperlukan untuk menarik sebuah objek berat. -Agensi

0 comments:

Post a Comment