Home » » Pencuri Mungkir Janji Bayar Curian!

Pencuri Mungkir Janji Bayar Curian!

Beijing: Seorang pencuri meninggalkan nota berjanji membayar semula lebih 20,000 yuan (RM10,400) dicurinya selain meminta mangsa tidak melaporkan kes itu kepada polis.

Pencuri Mungkir Janji Bayar Curian!

Berikutan itu, mangsa dikenali sebagai Wang sanggup menunggu tiga hari untuk pencuri terbabit mengotakan janjinya, namun hampa apabila wang berkenaan tidak dipulangkan.

Wang yang tinggal di sebuah rumah sewa di bandar Yacheng terkejut apabila melihat wang tunai disimpannya di rumah hilang ketika pulang pada petang 6 April tahun lalu.

Pencurinya dikenali sebagai Pei meninggalkan nota berjanji akan memulangkan wang berkenaan menyebabkan Wang menunggu tiga hari sebelum membuat laporan polis.

Pei ditahan tiga bulan kemudian dan baru-baru ini dihukum penjara lima tahun serta denda 10,000 yuan (RM5,200) selepas mengaku suka berbelanja walaupun tidak berpendidikan tinggi. -Agensi

0 comments:

Post a Comment