Tuban: Di padang aksinya mungkin lincah mengawal gawang, namun dalam kehidupan peribadi, Supriyanto akhirnya ‘tewas’ ditusuk senjata oleh suami kekasihnya.
Dalam kejadian di Kampung Sugihwaras di daerah Jenu, Supriyanto dilaporkan didatangi seorang lelaki yang ingin mengetahui kebenaran hubungan sulit mereka.
Media melaporkan, suspek tiba di rumah penjaga gol pasukan bola sepak tempatan itu motosikal.
Kata saksi, Endang Setyorini, 43, mereka dilihat berbincang seketika di depan rumah sewa Supriyanto sebelum suspek menikam mangsa di perut.
“Tikaman itu menyebabkan isi perut Supriyanto terburai,” katanya.
Kata Endang, Supriyanto cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke jalan raya sambil menjerit meminta tolong.
Bagaimanapun, kata Endang, penyerang terbabit terus mengejar mangsa.
Orang ramai kemudian menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Menurut saksi, Supriyanto sempat diselamatkan manakala penyerangnya melarikan diri.
“Mangsa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Tuban,” katanya semalam.
Kes berkenaan masih berada dalam siasatan polis.
Sumber berkata, kejadian berpunca daripada hubungan sulit yang dijalinkan Supriyanto dengan seorang guru wanita yang sudah berkahwin.
Perkara berkenaan akhirnya sampai ke pengetahuan suami wanita terbabit. -Agensi

0 comments:
Post a Comment