Home » » Marahkan Isteri Orang Ramai Dilanggar!

Marahkan Isteri Orang Ramai Dilanggar!

Beijing: Seorang lelaki yang mengalami masalah rumah tangga merempuh keretanya ke arah orang ramai dan pejalan kaki berhampiran sebuah sekolah rendah, menyebabkan enam orang termasuk tiga kanak-kanak maut. Seramai 13 lagi mangsa cedera.

Langgar
Gambar hiasan.

Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit keluar dari kereta Lexus yang sudah rosak akibat rempuhan itu dan mengancam untuk meletupkan sebotol petrol sebelum dia diberkas polis menggunakan meriam air.

Media melaporkan, lelaki berusia 37 tahun itu kecewa kerana isterinya menuntut cerai.

Keganasan di China menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu dan kebanyakannya dilakukan individu menghadapi masalah peribadi.

Bulan lalu seorang lelaki menyebabkan kematian 47 orang termasuk dirinya selepas membakar sebuah bas di Xiamen. -AFP

0 comments:

Post a Comment