Yokohama: Polis mengenakan dakwaan tambahan terhadap seorang pengasuh yang sebelum ini dikaitkan dengan kematian kanak-kanak jagaannya.
Yuji Motte, 26, ditahan pada 18 Mac lalu kerana disyaki menyebabkan kematian seorang kanak-kanak berusia dua tahun di apartmennya di Fujimi di wilayah Saitama.
Ekoran siasatan kes itu polis menemui beberapa gambar bogel kanak-kanak dengan sebahagian daripadanya berada di bawah jagaan Motte.
Sumber polis berkata, gambar berkenaan disimpan dalam peranti yang dirampas di apartmennya.
Premis itu, kata sumber polis, turut dijadikan pusat asuhan kanak-kanak di bawah seliaan Motte.
“Punca kematian kanak-kanak terbabit masih disiasat tetapi pemeriksaan menunjukkan ada kesan lebam di bahagian mulut dipercayai akibat dicekik,” katanya.
Pendakwa juga mengambil kira pertuduhan jenayah ke atas Motte kerana kesalahan dilakukan terhadap adik mangsa yang baru berusia sembilan bulan.
Bayi itu ditemui masih hidup dalam apartmen berkenaan namun memerlukan rawatan bagi hipertermia (suhu badan panas melampau).
Polis berkata, Motte tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dengan alasan dia tertidur selama 12 jam ketika kejadian akibat mengambil ubat. -Agensi
Gambar hiasan.

0 comments:
Post a Comment