Home » » Keranda Kitar Semula!

Keranda Kitar Semula!

Hong Kong: Aktivis tegar alam sekitar kini boleh terus beramal dengan keyakinan mereka walaupun selepas kaku tidak bernyawa apabila “keranda kitar semula” diperkenalkan, lapor media.

Green Life Passage  - Keranda Kitar Semula

Menurut aktivis, jika keranda mesra alam itu digunakan sekurang-kurangnya sekali sehari, ia dapat menyelamatkan sehingga 48 meter padu kayu setahun.

Keranda itu dicipta membabitkan dua bahagian -lapisan luar diperbuat daripada kayu keras, manakala bahagian dalam diperbuat menggunakan kayu berongga yang tahan menampung berat badan si mati.

Ketua Eksekutif Green Life Passage yang menghasilkan keranda itu, Lam Ka-hei berkata, lapisan luar kerana boleh digunakan semula selepas mayat serta bahagian dalam keranda berkenaan dibakar.

Katanya, antara kelebihan produk itu ialah, keranda berkenaan terbakar lebih cepat 26 minit berbanding keranda biasa.

“Kami sedar ada pengguna khuatir menggunakan semula keranda lama kerana faktor kepercayaan, namun kami beranggapan ia tidak banyak beza dengan penggunaan katil hospital.

“Ramai orang meninggal dunia di katil hospital tetapi masih ada orang lain menggunakannya,” katanya. -Agensi

0 comments:

Post a Comment